Posts

I can't care less now for Petaling Jaya

Image
  Many of you have asked why I no longer help to highlight and provide feedback to the Petaling Jaya City Council (MBPJ) on issues I encounter while driving around the city, such as potholes, faulty traffic lights, broken lamp posts, clogged drains, and other public infrastructure problems. The reason is simple: I do not wish to waste my time now that a new Datuk Bandar has taken over from Datuk Zahri Samingon, who has since been promoted to Director-General of the Department of Human Resources (Jabatan Tenaga Rakyat). In fact, I told Datuk Zahri I am not going to waste time - often having to stop the car by the road side to take a photograph or asking my children to take the photograph to send to the mayor. I did all this voluntarily with the hope that the maintenance of public facilities can improve in Petaling Jaya, but some of you think I was trying to boost my ego. Let me put it straight : since I saw that the former mayor was always wiling to solve the problems on the ground...

JPJ, kerja kah hari ini?

Image
  Saya memang susah nak percaya apabila anak saya memberitahu dia sudah banyak kali membuat panggilan telefon kepada talian JPJ untuk bertanyakan bagaimana untuk mendaftarkan diri untuk ujian memandu keretanya.  Memang benar apabila saya sendiri menelefon kedua-dua talian JPJ yang diberi oleh pegawai AI bernama Cik Fifi di bawah: Bukti nombor telefon yang saya pakai adalah sama dengan nombor yang diberikan oleh Cik Fifi seperti berikut: Sila lihat berapa panggilan yang saya buat pagi ini sejak jam 8 pagi. Tidak ada satu pun panggilan dijawab oleh telefonis. Hari ini Hari Jumaat. Lepas jam 12.30tgh hingga 2.45 ptg, pejabat juga ditutup.  Bagaimanakah orang awam hendak berurusan dengan pihak JPJ?   10 panggilan dari jam 8:36 pagi hingga jam 8:51 pagi.  10 lagi panggilan dari jam 8:57 pagi hingga 9:21 pagi: Keseluruhannya 20 panggilan dalam masa hampir sejam dari 8:36 pagi ke 9:21 pagi, tapi tidak ada seorang pun yang menjawab panggilan.  Jika anda telefon JPJ...

Harapan Untuk Perubahan: Mengapa Budaya Kerja KTMB Perlu Berubah Demi Rakyat

Image
Selama lebih 20 tahun, sejak saya mempromosikan penggunaan pengangkutan awam, saya secara konsisten memerhatikan prestasi dan budaya kerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Says buka semula blog post ini selepas pemulangan wang saya tetapi dengan amaran berwaspada sewaktu memberi tiket ETS secara online. Sebenarnya tidak ada sebab mengapa pengurus tidak diberi kuasa untuk membantu memb atalkan kesilapan e-Tiket selepas mengesahkan status warga emas pelanggan. Malangnya, berbanding dengan budaya kerja rakyat Thai, Vietnam dan Jawa, yang walaupun serba kekurangan sumber asli, selepas dua dekad, saya melihat budaya kerja di agensi ini masih tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Pertanyaan asas saya mudah: Bagaimana negara kita mampu melangkah ke hadapan dan menjadi sebuah negara maju sekiranya budaya kerja agensi perkhidmatan awam dan pengangkutan utama kita masih ditakuk lama? Pengajaran Buat Pengurusan KTMB Apa yang berlaku baru-baru ini diharap dapat menjadi satu pengajara...

Keperluan Mendesak Reformasi PBT: Rakyat Tidak Boleh Terus Menanggung Kegagalan Sistem

Image
Bukan sahaja Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), malah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini turut tersenarai sebagai antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang semakin mengecewakan dalam pelaksanaan tanggungjawab asas mereka. Trend kegagalan ini bukan lagi kes terpencil, tetapi mencerminkan masalah sistemik yang telah berakar umbi sekian lama. Keadaan ini menuntut satu reformasi menyeluruh dan berani di bawah kerangka Kerajaan MADANI yang beriltizam untuk membetulkan kepincangan institusi serta mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem penyampaian awam. Selama lebih dua dekad pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan, persoalan berkaitan disiplin kerja, kecekapan operasi dan budaya akauntabiliti dalam kalangan penjawat awam di peringkat PBT dilihat kurang diberi penekanan yang konsisten.  Diakui bahawa antara tahun 2008 hingga 2022, kekangan sinergi antara kerajaan persekutuan dan negeri mungkin menjejaskan keberkes...

Penalti Anthony Loke Dialu-alukan, Namun Budaya "Tidak Apa" Prasarana dan KTMB Perlu Dikuburkan

Image
  Kepada Pengarang, Keputusan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, untuk mengenakan penalti paling ketat dan tertinggi terhadap Prasarana bukan sahaja tepat pada masanya—malah ia sudah lama tertunggak. Malah, saya menyokong penuh keputusan Loke. Hakikatnya, tindakan tegas mesti diambil terhadap pihak pengurusan tertinggi yang gagal menjalankan tugas. Apabila kemalangan MRT Pasir Ris berlaku pada tahun 2016, berikut adalah cara pihak berkuasa di Singapura membuktikan bahawa mereka sangat memandang serius soal keselamatan awam: Penyelia Pasukan / Jurutera (Lim Say Heng):  Korporat: Dipecat oleh SMRT.  Undang-undang: Didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian. Beliau mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara empat minggu pada 2018.   Kapten / Pemandu Keretapi (Rahmat Mohd):  Korporat: Ditamatkan perkhidmatan oleh SMRT pada September 2016 (tindakan yang mencetuskan kritikan awam kerana pengkritik berpendapat ia mengalihkan perh...