JPJ, kerja kah hari ini?
Saya memang susah nak percaya apabila anak saya memberitahu dia sudah banyak kali membuat panggilan telefon kepada talian JPJ untuk bertanyakan bagaimana untuk mendaftarkan diri untuk ujian memandu keretanya. Memang benar apabila saya sendiri menelefon kedua-dua talian JPJ yang diberi oleh pegawai AI bernama Cik Fifi di bawah: Bukti nombor telefon yang saya pakai adalah sama dengan nombor yang diberikan oleh Cik Fifi seperti berikut: Sila lihat berapa panggilan yang saya buat pagi ini sejak jam 8 pagi. Tidak ada satu pun panggilan dijawab oleh telefonis. Hari ini Hari Jumaat. Lepas jam 12.30tgh hingga 2.45 ptg, pejabat juga ditutup. Bagaimanakah orang awam hendak berurusan dengan pihak JPJ? 10 panggilan dari jam 8:36 pagi hingga jam 8:51 pagi. 10 lagi panggilan dari jam 8:57 pagi hingga 9:21 pagi: Keseluruhannya 20 panggilan dalam masa hampir sejam dari 8:36 pagi ke 9:21 pagi, tapi tidak ada seorang pun yang menjawab panggilan. Jika anda telefon JPJ Wangs...