Posts

Showing posts from June, 2026

Keperluan Mendesak Reformasi PBT: Rakyat Tidak Boleh Terus Menanggung Kegagalan Sistem

Image
Bukan sahaja Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), malah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini turut tersenarai sebagai antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang semakin mengecewakan dalam pelaksanaan tanggungjawab asas mereka. Trend kegagalan ini bukan lagi kes terpencil, tetapi mencerminkan masalah sistemik yang telah berakar umbi sekian lama. Keadaan ini menuntut satu reformasi menyeluruh dan berani di bawah kerangka Kerajaan MADANI yang beriltizam untuk membetulkan kepincangan institusi serta mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem penyampaian awam. Selama lebih dua dekad pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan, persoalan berkaitan disiplin kerja, kecekapan operasi dan budaya akauntabiliti dalam kalangan penjawat awam di peringkat PBT dilihat kurang diberi penekanan yang konsisten.  Diakui bahawa antara tahun 2008 hingga 2022, kekangan sinergi antara kerajaan persekutuan dan negeri mungkin menjejaskan keberkes...