Harapan Untuk Perubahan: Mengapa Budaya Kerja KTMB Perlu Berubah Demi Rakyat



Selama lebih 20 tahun, sejak saya mempromosikan penggunaan pengangkutan awam, saya secara konsisten memerhatikan prestasi dan budaya kerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Says buka semula blog post ini selepas pemulangan wang saya tetapi dengan amaran berwaspada sewaktu memberi tiket ETS secara online. Sebenarnya tidak ada sebab mengapa pengurus tidak diberi kuasa untuk membantu membatalkan kesilapan e-Tiket selepas mengesahkan status warga emas pelanggan.


Malangnya, berbanding dengan budaya kerja rakyat Thai, Vietnam dan Jawa, yang walaupun serba kekurangan sumber asli, selepas dua dekad, saya melihat budaya kerja di agensi ini masih tidak menunjukkan perubahan yang ketara.

Pertanyaan asas saya mudah: Bagaimana negara kita mampu melangkah ke hadapan dan menjadi sebuah negara maju sekiranya budaya kerja agensi perkhidmatan awam dan pengangkutan utama kita masih ditakuk lama?

Pengajaran Buat Pengurusan KTMB

Apa yang berlaku baru-baru ini diharap dapat menjadi satu pengajaran yang bermakna buat pihak pengurusan KTMB serta Menteri Pengangkutan. Tindakan ini diambil bukan secara melulu. 

Malah, sehari sebelum tindakan rasmi dikenakan ke atas KTMB, saya sendiri telah mengutus surat kepada Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). 

Isu-isu pengurusan dan kelemahan dalam sistem perkhidmatan KTMB ini turut berada dalam pengetahuan barisan kepimpinan dan wakil rakyat, termasuk YB Dato' Seri Fuziah Salleh, YB Anthony Loke, YB Armizan Mohd Ali, serta Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bahawa ideologi ketuanan yang diwar-diwarkan oleh seorang mantan perdana menteri adalah tidak serasi dengan budaya Jepun yang cuba dicontohi. 

Satu insiden yang amat menguji kesabaran saya adalah apabila seorang pegawai perkhidmatan KTMB dengan sewenang-wenangnya menggunakan perkataan "termaktub" apabila mempertahankan polisi dalaman mereka.

Saya bertanyakan kepadanya: Adakah kamu benar-benar memahami maksud 'termaktub'? Adakah polisi itu seperti Undang-Undang Hammurabi terukir di atas batu dan tidak boleh diubah atau dipadamkan sampai bila-bila?

Sikap terlalu berlindung di sebalik perkataan "polisi" tanpa menggunakan budi bicara adalah satu kesilapan besar. 

Buktinya, apabila kes ini dibawa ke Tribunal, Dato' Presiden sendiri telah mengenepikan polisi pemulangan wang (refund policy) tempoh 6 bulan yang kerap digunakan oleh pihak pengurusan untuk menolak tuntutan pengguna.

Dato’ Presiden menetapkan tempoh satu bulan itu menunjukkan keprihatinan beliau, dan dengan rela saya bersetuju dengan tempoh itu dipanjangkan untuk memberi pihak KTMB untuk memulangkan wang tiket saya dari tempoh asal iaitu dua minggu. 


Masa Untuk Perubahan dan Pembaharuan

Kini, kepincangan dan budaya kerja KTMB telah terdedah kepada umum. Tujuan saya membangkitkan isu ini bukanlah untuk merosakkan reputasi KTMB mahupun YB Menteri Pengangkutan. 

Objektif utama saya adalah untuk memastikan pihak pengurusan dan kementerian lebih prihatin terhadap nasib rakyat biasa yang menggunakan perkhidmatan ini setiap hari.

Sekiranya pihak pengurusan sedia ada tidak mampu membawa perubahan, maka sudah tiba masanya untuk proses pertukaran kepimpinan dilakukan. Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim ada memberi jalan keluar dan perbincangan secara berhemah kepada mrreka yang masih angkuh dan ingkar terhadap kerajaan yang sedia ada.

Berikan peluang kepada tenaga muda yang lebih prihatin, dinamik, dan responsif untuk mengambil alih barisan kepimpinan demi memajukan KTMB.

Jika tidak berubah, atau ingkar arahan menteri, tidak kira ketua pengarah mahupun ketua eksekutif sesebuah Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC). Negara perlu maju tanpa sebarang halangan. 

Dulu Pak Lah marah menggunakan label Napoleon Kecil, tapi saya perhatikan PMX masih cuba memberi peluang untuk penjawat awam yang cuba mengecewakan usaha kerajaan yang sedia ada, jadi jangan marah kalau beliau atau menteri beliau terpaksa menggunakan tindakan pemulihan organisasi seperti apa yang kami dalam pengurusan swasta terpaksa ambil.

Peranan Dan Objektif Saya

Bagi mereka yang ingin memahami pendekatan dan cara saya memperjuangkan isu-isu awam selama ini, pendekatan saya sentiasa berfokus kepada akauntabiliti dan kelestarian perkhidmatan awam demi kepentingan masyarakat secara keseluruhan. Bila ada isu seperti di Batu Caves selepas mendengar keluhan Encik Sabik dari Restoran Sabik, saya akan cuba membantu seperti Lobo dalam siri TV legenda Lobo dan masalah kawasan ini terpaksa dibawakan ke bawah Dulu Tuanku Sultan Sharafuddin yang amat prihatin terhadap rakyat Selangor tidak kira kaum atau agama. Lihat surat dari Istana kepada Menteri Besar dan setahun selepas itu, kerja-kerja perparitan dibuat. 

kawasan perindustrian bersepadu Batu Caves 


 
kawasan perindustrian bersepadu Batu Caves 

Oleh kerana ahli majlis baru Zon 9 sudah dilantik dan nampak lebih tekun berkhidmat, Puan Siti Noor Suhaida Mohd Sufiee, saya serahkan balik kes ini kepada beliau. Lagipun ini kerja ahli majlis, saya hanya buat kerja bodoh tanpa gaji.

Memandangkan isu khusus ini berkenaan dengan KTMB telah pun diselesaikan dan tindakan memulangkan wang saya telah diambil, saya tidak berhasrat untuk mengulas lanjut perincian kes terdahulu. 

Sejak bulan Mei, akhirnya wang ini dipulangkan pada 21hb Ogos 2026, sehari sebelum tempoh satu bulan yang ditetapkan oleh Dato’ Presiden Tribunal Pengguna 

Objektif saya telah tercapai, iaitu membawa kesedaran dan mendesak perubahan. 

Semuanya terpulang kepada menteri pengangkutan dan KTMB. Kalau masih tidak ada perubahan dan ada aduan yang saya nampak dengan bukti-buktinya diserahkan kepada saya, baru saya akan membangkitkan sekali lagi untuk menyeru kerajaan buat apa yang perlu dibuat untuk melindungi hak pengguna. Kalau mereka tidak berubah juga demi menjadikan KTMB lebih mesra rakyat biasa, mungkin waktunya sudah sampai mereka ditukar seperti apa yang dialami oleh menteri sendiri di Dewan Undangan Negeri Chennah.

Harapan saya hanya satu agar KTMB terus bertambah baik, mempertingkatkan mutu perkhidmatan, dan meletakkan kebajikan pengguna sebagai keutamaan tertinggi. Demi kemajuan rakyat dan negara, budaya kerja lama mesti diubah! 

Seperti apa yang saya sebutkan kepada Dato’ presiden Tribunal, saya membayar harga tiket saya secara tunai menggunakan aplikasi Boost, maka saya tidak menerima pulangan wang saya menggunakan matawang KidZania mahupun Monopoly. Ini kerana sewaktu pendengaran Tribunal, saya diberitahu wang saya sudah dipulangkan menggunakan Sistem “Loyalty Point KTMB”. 🙄🙄 


Sekarang setujukah kamu isu saya dengan KTMB tidak lagi boleh dipandang remeh sekadar masalah diskaun warga emas atau pemulangan wang saya semula secara e-transfer dan bukan ikut sukahati pihak pengurusan KTMB mengikut polisi mereka? 

Kalau setuju, drama ini dalam bahasa Inggeris memang tepat waktunya dikongsikan di sini. Tontoni untuk memahami kenapa tiga keranda dibawa masuk ke dalam bank ini: 





Comments

Popular posts from this blog

DAP needs reforms, too

Menteri Pengangkutan, di mana reform ke atas KTMB?

LOKE’S PENALTIES ARE WELCOME, BUT THE ROT IN PRASARANA AND KTMB IS CULTURAL