JPJ, kerja kah hari ini?
Saya memang susah nak percaya apabila anak saya memberitahu dia sudah banyak kali membuat panggilan telefon kepada talian JPJ untuk bertanyakan bagaimana untuk mendaftarkan diri untuk ujian memandu keretanya.
Memang benar apabila saya sendiri menelefon kedua-dua talian JPJ yang diberi oleh pegawai AI bernama Cik Fifi di bawah:
Bukti nombor telefon yang saya pakai adalah sama dengan nombor yang diberikan oleh Cik Fifi seperti berikut:
Sila lihat berapa panggilan yang saya buat pagi ini sejak jam 8 pagi. Tidak ada satu pun panggilan dijawab oleh telefonis. Hari ini Hari Jumaat. Lepas jam 12.30tgh hingga 2.45 ptg, pejabat juga ditutup.
Bagaimanakah orang awam hendak berurusan dengan pihak JPJ?
Keseluruhannya 20 panggilan dalam masa hampir sejam dari 8:36 pagi ke 9:21 pagi, tapi tidak ada seorang pun yang menjawab panggilan.
Jika anda telefon JPJ Wangsa Maju untuk Wilayah Persekutuan 03-4145 0800, kemungkinannya anda juga perlu tekan sambungan ke operator (0) sepuluh atau 20 kali tetapi tidak ada seorang pun yang mengangkat telefon.
Untuk nombor ini, tekan saja nombor sambungan 11, 12, 13, akhirnya ada orang yang ambil panggilan bila tekan sambungan 14. Dari sinilah saya mendapat nombor bahagian ujian memandu JPJ. Pegawai di sini lebih prihatin.
Ini menimbulkan soalan samada hari ini hari cuti awam atau cuti khas untuk warga JPJ?
Oleh kerana selama ini Menteri Pengangkutan sendiri tidak prihatin terhadap aduan dan maklum balas yang diberi, samada untuk kes KTMB, dan sekarang pula Jabatan Pengangkutan Jalanraya, saya terpaksa perhebahkan perkara ini supaya ia mendapat perhatian menteri sendiri yang boleh mengarahkan pembantunya untuk membuat siasatan dan sekiranya dapat bukti yang kukuh, mereka seperti telefonis yang cuba buat kerja sabotaj, harap pihak Ketua Setiausaha kepada kerajaan persekutuan akan lebih prihatin untuk menangani masalah sebegini.
Rakyat tidak marah terhadap kerajaan Madani, tetapi terhadap penjawat awam yang cuba menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum ini, kami juga nampak sabotaj yang sama dibuat oleh pihak penjawat awam terhadap kerajaan pimpinan mantan Perdana Menteri yang saya sanjung tinggi YABhg Tun Abdullah A. Badawi.
Rakyat tidak boleh bersabar lagi terhadap segelintir penjawat awam yang cuba menggugat kestabilan kerajaan yang mendapat mandat rakyat sertai dilantik secara rasmi oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
Selepas pos ini dikongsikan, saya menerima mesej dari ahli parlimen Damansara, YB Gobind Singh bahawa beliau sudah kongsikan pos blog ini dengan Ketua Setiausaha Umum (KSU) Kementerian Pengangkutan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Gobind dan JPJ kerana telah menyantuni masalah pertukaran tarikh yang sepatutnya boleh disantuni dengan baik oleh petugas awam.
Tujuan saya menulis hantaran blog ini adalah dengan harapan pihak JPJ dapat menambah baik perkhidmatan panggilan telefon mereka.




Comments
Post a Comment