TAHNIAH KEPADA TELEKOM MALAYSIA!
Tayar motorsikal mudah tersangkut dalam lubang ini yang ditinggalkan oleh kontraktor TM. Penunggang motosikal terjatuh lalu lori datang dengan deras di sebelah malam.
Di manakah penyelian oleh pihak atasan TM? Bukan saja di sini, tapi sebelum ini di Jalan Kepong dekat Desa Jaya juga.
Di sepanjang Jalan Sungai Buloh-Jalan Kepong sebelum masuk ke LDP juga ada kerja pengorekan yang sama dan lubang yang lebih besar. Juga di Jalan Maarof dekat Bangsar Shopping Centre (BSC) dua ke tiga bulan sebelum ini.
Semua ini kerja TELEKOM MALAYSIA, yang tidak berubah atau bertambah baik sejak 90an. Sekurang-kurangnya TNB sudah bertambah baik, tapi TM sejak zaman Sharifah Ismail PRO tahun 90an sehingga kini servis hanya bertambah buruk walaupun sudah menerusi proses privatisasi.
PERLU BERI ANGPOW BIAR ANGPAU BESAR-BESAR BARU PIHAK PENGURUSAN TINGGI DI TM RASA PEDAS DAN MEMPERBAIKI KERJA PENYELIAN MEREKA.
Bukan saja di Kepong, malah di Persiaran KIP Utama pun lubang dibuka tak diturap dengan baik.
Ini jawapan yang diterima dari YDP Majlis Perbandaran Selayang, Datu Mohd Yazid bin Sairi.
Kerana kontraktor TM tak buat kerja dengan baik, pekerja MPS perlu buat pula.
Comments
Post a Comment